Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Saturday 12 July 2014

ARTKEL 3.3: Mathematics Education In Korea After TIMSS

Oleh: Hee-chan Lew


SIPNOSIS:

Artikel membincangkan kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMMS dilaksanakan. Dalam artikel ini, terdapat beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapura. Warga pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian matematik murid adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global. TIMSS merupakan satu landasan yang baik agar mereka dapat membayangkan kembali persekitaran pendidikan mereka untuk penambahbaikan mutu pengajaran Matematik.


ULASAN:

Artikel ini memberikan input penting kepada kita terutamanya untuk penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Korea telah mengalami pelbagai transformasi dalam matematik dan terbukti kecemerlangan mereka dalam matematik apabila berjaya berada di antara tangga teratas dalam TIMSS. Penambahbaikan yang berlaku di Korea boleh dijadikan sumber rujukan dan teladan kepada kita sebagai warga pendidik dan perlu dipandang berat oleh pihak yang berkenaan untuk meningkatkan mutu pencapaian dan penguasaan matematik pelajar negara kita.

ARTIKEL 4.2: Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

Pautan : http://www.scribd.com/doc/13720586/Kepimpinan-Guru-Dalam-Mempengaruhi-Bilik-Darjah

Oleh : Rahmad Sukor Ab. Samad
        Shahrir Jamaluddin


Sipnosis:


Kajian mengenai kepimpinan guru di dalam bilik darjah masih kurang dikaji dalam kalangan penyelidik berbanding kajian tentang peranan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. Oleh itu, jurnal oleh  ini amat sesuai dikaji oleh semua pemimpin bilik darjah terutama peranan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah.

               Kebanyakan guru mempunyai ketidaktepatan persepsi mengenai kepimpinan bilik darjah. Melalui artikel ini, didapati guru menganggap bahawa pihak pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan kepimpinan walhal kepimpinan sebenar adalah merupakan guru itu sendiri yang bertindak sebagai pemimpin dalam proses pengajaran manakalan pentadbir bertindak sebagai penyelaras. Guru terlalu mengutamakan pengurusan bilik darjah dari segi pengurusan pengajaran dan pembelajarn dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin bilik darjah tanpa mengutamakan kepimpinan bilik darjah. Menurut penulis artikel ini, kemungkinan yang berlaku kerana program latihan guru yang lebih berfokus kepada amalan di dalam pengurusan bilik darjah.



Ulasan:


Dalam artikel ini, definisi bagi kepimpinan bilik darjah, kepimpinan bilik darjah yang berkesan, faktor mempengaruhi iklim bilik darjah juga telah dihuraikan dengan begitu jelas dan bertepatan dengan definisi sebenar. 
  
         
            Pengkaji juga menyatakan cadangan yang baik tentang kemahiran dan kepimpinan yang menjadi amalan pentadbir sekolah dan diperturunkan kepada guru dalam konteks kepimpinan di bilik darjah. Isu mengambil berat ini merangkumi penilaian guru dan murid, iklim sekolah, kurikulum, pengurusan sumber, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek dan jangka panjang, sokongan komuniti sekolah dan masyarakat, komunikasi antara pentadbir dan guru sekolah.

             Untuk penambahbaikan, dicadangkan agar artikel ini merangkumi pelbagai pihak, tidak terhad kepada pentadbir sekolah dan guru. 

           



ARTIKEL 4.1: WORKING TOWARDS EQUITY IN MATHEMATICS EDUCATION: A FOCUS ON LEARNERS, TEACHERS, AND PARENTS

Pautan: http://math.arizona.edu/~civil/PLENARY%20SESSION-MCivil-PMENA06.pdf  
Oleh: Marta Civil 
           The University of Arizona


Ulasan:


          Jurnal ini membentangkan refleksi kajian pengkaji tentang sebahagian besarnya berasaskan kepada pelajar, guru, dan ibu bapa tentang idea-idea matematik. Bermula dengan beberapa pertimbangan dari sudut kognitif berpendapat, dalam memahami dan kepercayaan pra-perkhidmatan guru tertentu, pengkaji berjaya mengkaji tentang aspek sosiobudaya. Pengkaji juga mengkaji secara  menyeluruh iaitu terdapat tiga faktor utama yang berkaitan dengan akses dalam pendidikan matematik iaitu guru, murid, dan ibu bapa.

               Pengkaji juga ada menyatakan secara khusus bagaimana untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan konteks, meningkatkan nilai pengetahuan, penyertaan, dan matematik di dalam  serta di luar sekolah.

               Selain itu,pengkaji juga mengutarakan banyak isu yang berkaitan untuk refleksi para pembaca di mana para pembaca akan memperolehi banyak maklumat, sumber terkini dan dan beberapa cadangan untuk menangani masalah akses dalam pendidikan masi kini. Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman individu penulis tersebut dalam dunia pendidikan yang menjadi satu perkongsian yang bagus untuk memberi kesedaran kepada guru, murid, dan ibu bapa tentang beberapa masalah akses yang berlaku dalam dunia pendidikan.