Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label TIMSS. Show all posts
Showing posts with label TIMSS. Show all posts

Friday, 15 August 2014

ARTIKEL 3.3: Mathematics Education In Korea After TIMSS




Oleh: Hee-chan Lew


SIPNOSIS:
Artikel membincangkan kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMMS dilaksanakan. Dalam artikel ini, terdapat beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapura. Warga pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian matematik murid adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global. TIMSS merupakan satu landasan yang baik agar mereka dapat membayangkan kembali persekitaran pendidikan mereka untuk penambahbaikan mutu pengajaran Matematik.

ULASAN:
Artikel ini memberikan input penting kepada kita terutamanya untuk penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Korea telah mengalami pelbagai transformasi dalam matematik dan terbukti kecemerlangan mereka dalam matematik apabila berjaya berada di antara tangga teratas dalam TIMSS. Penambahbaikan yang berlaku di Korea boleh dijadikan sumber rujukan dan teladan kepada kita sebagai warga pendidik dan perlu dipandang berat oleh pihak yang berkenaan untuk meningkatkan mutu pencapaian dan penguasaan matematik pelajar negara kita.

ARTKEL 3.2: The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections To TIMSS



Oleh: Jaguthsing Dindyal


SIPNOSIS:
Seperti yang kita sedia maklum, Singapura adalah negara yang mendapat tempat pertama di dalam keputusan TIMSS (2003). Artikel ini membincangkan perbezaan Singapura dengan negara lain sehingga mendapat kedudukan terbaik dalam TIMSS serta kekuatan dan kelemahan kurikulum yang dilaksanakan di Singapura.

ULASAN:
Melalui artikel ini, salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik bagi negara itu adalah dari segi perlaksanaa kurikulum yang telah dirangka dengan kemas yang merupakan satu permulaan yang menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu bermanfaat bagi murid. Kurikulum yang dibina diselia dan dilaksanakan dengan kemudahan yang cukup dengan tenaga guru terlatih di mana setiap guru merupakan pakar bagi topik tersebut. Namun, keadaan ini berbeza dengan kurikulum di Malaysia kerana terdapat juga guru bukan opsyen mengajar subjek yang bukan opsyennya berikutan dengan kes kekurangan guru di sekolah masing-masing. Persoalannya, bagaimanakah kita hendak mencapai tahap antarabangsa sekiranya masalah seperti ini tidak diperbaiki. Sistem kurikulum di Singapura boleh dijadikan model untuk penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia untuk mengurangkan masalah guru bukan opsyen ini.

ARTKEL 3.1: Curriculum coherence: an examination of US mathematics and science content standards from an international perspective



Oleh: William H. Schmidt,
           Hsing Chi Wang
           Curtis C. Mcknight

SIPNOSIS:
Perkara utama yang dibincangkan dalam artikel ini adalah tentang perbezaan dengan pemetaan topik dalam pelbagai standard kebangsaan Amerika Syarikat  dalam matematik dan sains yang berbeza dengan negara lain. Pemeriksaan matematik dan standard kandungan sains dari 21 negeri dan 50 daerah di Amerika Syarikat menunjukkan corak yang lebih seperti yang dilakukan oleh standard kebangsaan Amerika Syarikat berbanding dengan negara-negara TIMSS yang berpencapaian tinggi. 

Walaupun standard kandungan telah menjadi penting terhadap pembangunan kurikulum Amerika Syarikat dan pembaharuan, mereka masih belum mencerminkan pertalian berlaku sebagaimana yang telah dicapai oleh negara-negara yang lebih baik daripada Amerika Syarikat dalam kajian TIMSS.

ULASAN:
Artikel ini, dinyatakan dengan terperinci standard yang diuji bagi setiap gred  yang berbeza untuk kedua-dua mata pelajaran sains dan matematik.  Standard kandungan dinyatakan dengan jelas yang merupakan instrumen dasar yang digunakan untuk menyuarakan visi, atau rangka kerja, daripada disiplin hal perkara kepada sistem pendidikannya, termasuk bukan sahaja guru-guru dan pelajar-pelajar, tetapi ibu bapa dan orang ramai. Penulis juga menyatakan cadangan yang merupakan salah satu persoalan dasar yang lebih penting bagi Amerika Syarikat dalam menilai piawaian negeri dan kandungan daerah ialah sama ada piawaian mencerminkan rangka kerja yang masuk akal.

Friday, 1 August 2014

Artikel 9.3 : Investigating curricular effect on the teaching and learning of mathematics in a cultural context: Theoretical and methodological considerations



Oleh : Jinfa Cai dan Yujing Ni 


Asbtract :
This first article of the special issue presents theoretical and methodological considerations about longitudinally investigating curricular effects on the teaching and learning of mathematics in a cultural context. In particular, in this article, we discuss seven issues related to the investigation of curricular effects on the teaching and learning of mathematics: (1) the need to investigate longitudinally the effects of curriculum, (2) the nature of the reform and non-reform curricula, (3) multiple representations of curriculum use, (4) assessment of classroom instruction, (5) student diversity and achievement gaps, (6) multiple measures of student mathematics achievement, and (7) multi-level analysis of student achievement data. This article not only serves as an introduction to the special issue, but most importantly, also provides a theoretical and methodological context for the two longitudinal projects.

Ulasan / kritik :
Pengkaji telah menghuraikan 7 isu yang berkaitan dengan kesan kurikulum terhadap konteks budaya dengan ringkas dan padat. Artikel ini menarik perhatian pembaca kerana pengkaji berjaya menimbulkan cabaran bagi mengkaji konsep dan metodologi untuk kesan kurikulum  ke atas pengajaran dan pembelajaran melalui tujuh isu-isu yang dibincangkan. Isu yang istimewa ini membekalkan peluang untuk menguji generalisasi daripada keputusan konteks budaya berkaitan dengan kesan kurikulum terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, artikel ini juga menyediakan tambahan penting kepada penulisan terhadap pembaharuan kurikulum matematik.


Saturday, 12 July 2014

ARTKEL 3.3: Mathematics Education In Korea After TIMSS

Oleh: Hee-chan Lew


SIPNOSIS:

Artikel membincangkan kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMMS dilaksanakan. Dalam artikel ini, terdapat beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapura. Warga pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian matematik murid adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global. TIMSS merupakan satu landasan yang baik agar mereka dapat membayangkan kembali persekitaran pendidikan mereka untuk penambahbaikan mutu pengajaran Matematik.


ULASAN:

Artikel ini memberikan input penting kepada kita terutamanya untuk penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Korea telah mengalami pelbagai transformasi dalam matematik dan terbukti kecemerlangan mereka dalam matematik apabila berjaya berada di antara tangga teratas dalam TIMSS. Penambahbaikan yang berlaku di Korea boleh dijadikan sumber rujukan dan teladan kepada kita sebagai warga pendidik dan perlu dipandang berat oleh pihak yang berkenaan untuk meningkatkan mutu pencapaian dan penguasaan matematik pelajar negara kita.