Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label Professional Teaching Standards. Show all posts
Showing posts with label Professional Teaching Standards. Show all posts

Friday, 15 August 2014

ARTIKEL 7.3: PENGETAHUAN DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BERDASARKAN STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK



Oleh  :  Aini Hayati Pazin
            Mohd Uzi Dollah Zulkiefley Mohammad


ABSTRAK : 
Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.

ULASAN : 

    Melalui kajian ini, pembaca dapat mengetahui bahawa komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR) dengan nilai masing-masing iaitu 0.529 (AI) dan 0.504 (PPPI). Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan data asas tentang standard pengajaran matematik di negara ini. Data asas ini boleh diguna pakai oleh masyarakat pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah. 

    Disarankan agar penyelidik mengembangkan dengan lebh lanjut tentang cadangan untuk memperbaiki amalam pengajaran matematik dalam kelas agar pembaca mendapat ilham daripada artikrl ini, seterusnya menjadi amalan dalam masyarakat.

ARTIKEL 7.2 : PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN GURU MATEMATIK BAGI TAJUK PECAHAN: KAJIAN KES DI SEKOLAH RENDAH



Oleh : Tengku Zawawi Tengku Zainal
           Ramlee Mustapha
           Abdul Razak Habib



Abstrak:

Kajian ini bertujuan untuk menjawab tiga persoalan utama, iaitu (a) apakah konsepsi guru baru dan guru berpengalaman tentang pecahan?, (b) bagaimanakah cara guru baru dan guru berpengalaman menyampaikan pengajaran tentang konsep dan operasi ke atas pecahan kepada pelajar?, dan (c) pada perspektif guru baru dan guru berpengalaman, apakah masalah dan kesilapan konsep yang biasa dialami murid sekolah rendah bagi tajuk pecahan? Ketiga-tiga persoalan di atas berkait rapat dengan tiga komponen penting iaitu Pengetahuan Pedagogi dan Isi Kandungan (PPIK) yang perlu dimiliki oleh seseorang guru berkaitan dengan konsep pecahan. PPIK adalah sejenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia merujuk kepada cara guru menyampaikan isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman konseptual pelajar. Kajian kes yang melibatkan lapan orang guru Matematik baru dan berpengalaman ini, memperoleh data melalui sesi temu bual, pemerhatian dan pemeriksaan dokumen. Teknik pemetaan konsep dan grid repertori turut digunakan untuk mencungkil pengetahuan guru. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan guru Matematik yang baru menyampaikan konsep asas dan operasi pecahan berdasarkan kepada kefahaman instrumental. Langkah penyampaian dilakukan secara prosedural dan berpusatkan guru dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak. Manakala bagi guru Matematik berpengalaman, sebahagian daripada mereka memiliki kefahaman relasional dengan langkah pengajaran berdasarkan pendekatan konseptual. Walaupun begitu, masih terdapat dalam kalangan guru Matematik berpengalaman yang memiliki kefahaman instrumental dan mengemukakan langkah penyampaian secara prosedural dengan menggunakan simbol dan istilah yang abstrak.


Ulasan:

Artikel ini sangat baik kerana melalui pembacaan artikel ini, pembaca akan mengetahui bahawa pendidik Matematik bertanggungjawab untuk memastikan para pelajar memahami sepenuhnya isi kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan, di samping mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep. Pengkaji ada menyimpulkan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada sejauh mana tahap PPIK yang dikuasai oleh seseorang guru. Kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan guru akan menyebabkan guru-guru baru tidak mempunyai persediaan yang sewajarnya untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Penyelidik juga menekankan bahawa perlunya satu program sokongan dan pemantauan berterusan diberikan kepada guru-guru yang baru keluar dari pusat-pusat latihan perguruan, sama ada dari universiti ataupun maktab-maktab perguruan.

ARTIKEL 7.1 : STANDARD FOR EXCELLENCE IN TEACHING MATHEMATICS IN AUSTRALIAN SCHOOL





Ulasan :

Artikel ini menggambarkan bahawa Australia amat mementingkan standard guru yang tinggi demi mendidik para pelajar kea rah mencapai pengusaan matematik cemerlang. Terdapat tiga cirri-Standard pengajaran matematik di Australia sangat menekankan tentang standard guru. Selain  itu, artikel ini amat berguna untuk bacaan memandangkan artikel ini menekankan tentang pengetahuan professional guru, sumbangan professional terhadap pembangunan professional dan masyarakat, serta amalan professional yang sememangnya amat diperlukan oleh warga pendidik untuk dijadikan sebagai garis panduan ke arah menjadi guru matematik yang berkesan terhadap pelajar.