Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

MATHS IS FUN!!!

http://www.math.com/




http://www.mathplayground.com/





ARTIKEL 6.3 : PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SERTA KESAN TERHADAP PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



Oleh :  Zainudin Abu Bakar 
            Nor Hidayatul Aini Ismail

Pautan : 


ULASAN :
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik. 




Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan di mana para pendidik perlulah bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran matematik. Tidak dinafikan pendidik yang baik, mampu menguruskan pelajar dengan baik. Namun tidak semuanya mampu melakukan perkara yang sama. Pendidik dan pelajar perlulah saling mempengaruhi dalam menjalankan apa jua pendekatan yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pendekatan konstruktivisme telah memberikan kesan positif terhadap sikap pelajar dalam pembelajaran Matematik tetapi ia masih di tahap sederhana. Dicadangkan agar pengkaji dapat mengemukakan lebh banyak cadangan agar para pembaca mencapat lebih input untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

ARTIKEL 6.1 : HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4




Oleh : Noor Erma Binti Abu
           Leong Kwan Eu


ULASAN :
Artikel ini membincangkan tentang hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Pengkaji turut menarik minat pembaca dengan perkongsian laporan PISA 2012 yang terkini dan perbandingan pencapaian Matematik dalam PMR pada  taun 2005  dan 2006. Dalam artikel ini, pengkaji menyatakan dengan lebih teliti makna bagi pengaruh minat,sikap, rakan sebaya dan pengaruh guru secara ringkas dan tepat.  Kajian menunjukkan dalam aspek pengajaran guru didapati terdapat hubungan yang jelas antara aspek pengajaran itu dengan pencapaian Matematik Tambahan murid. Pengkaji mendapati  murid akan berpendapat bahawa kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi secara langsung pencapaian Matematik Tambahan mereka.

 Kepelbagaian pengajaran guru dan kaedah pengajaran merupakan beberapa contoh yang berkaitan dengan pengaruh pengajaran guru. Dengan mempelajari hubungan antara faktor-faktor seperti sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya beserta cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam artikel ini, pembaca dapat menjadikan artikel ini sebagai  rujukan yang lebih jelas dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran Matematik Tambahan murid bukan sahaja di sekolah menengah, termasuklah sekolah rendah.

Artikel 2.1

Pautan : https://docs.google.com/document/d/1it_56WtG7hIQlTqutiEY8Uaio0VobDPeYPsVuZLxJIs/edit

Ulasan / kritik :

      Artikel ini ada membincangkan tentang perbezaan pencapaian matematik di bandar dan luar bandar. Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa kurangnya sokongan moral ibu bapa terhadap pembelajaran mempengaruhi pembelajaran dan tahap penguasaan matematik pelajar berikutan dengan kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan kepada masa depan anak-anak.

     Namun, saya kurang bersetuju dengan kenyataan bahawa kurngnya guru yang berkemahiran yang ditempatkan untuk bertugas di sekolah kawasan luar bandar. Ini kerana semua guru yang sudah tamat pengajian ikhtisas perguruan sudah tentunya mempunyai kemahiran untuk mengajar, cuma perbezaannya adalah guru-guru tersebut ditempatkan di sekolah luar bandar dan bandar. Di sekolah luar bandar juga terdapat guru-guru yang sudah berpengalaman dengan situasi dan budaya sekolah luar bandar dan sudah tentunya berpengalaman dalam menangani masalah ini walaupun berada di sekolah pedalaman dan mampu bersaing dengan sekolah di luar bandar. 

       Aspek kekurangan prasarana pengajaran di kawasan luar bandar juga mempengaruhi proses pengajaran dan pengajaran namun, perkara ini bukanlah alasan utama bahawa sekolah luar bandar tidak mampu menghasilkan murid yang kompeten dalam matematik.

Artikel 2.2 : Gender, culture, and mathematics performance

Pautan : http://www.pnas.org/content/106/22/8801.full


Ulasan / kritik :

Artikel ini membincangkan dengan terperinci tentang beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik termasuklah dari segi jantina. Namun graf laporan kajian dipersembahkan dalam bentuk yang sukar difahami oleh kebanyakan pembaca kerana melibatkan graf normal. Namun begitu, pengkaji berjaya menarik minat para pembaca melalui perbincangan tentang pengaruh persilangan-budaya dalam mempengaruhi pembelajaran matematik yang telah mempengaruhi pencapaian matematik. Ini kerana penguasaan matematik amat diperlukan dalam era globalisasi keran matematik tidak terhad kepada  bidang pendidikan malah dalam bidang perakaunan, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya.

Artikel 1.3 : Math anxiety doesn't just affect students

Oleh : William Hams
 

Pautan : http://stemwire.org/2013/05/31/math-anxiety-doesnt-just-affect-students/

Ulasan / kritik :

    n  Ketakutan matematik bukan sahaja dihadapi oleh murid bahkan dihadapi oleh segelintir guru. Artikel ini berkongsi bahawa para guru juga tidak mustatahil untuk memiliki ketakutan terhadap matematik. Artikel ini sangat bagus kerana adanya perkongsian maklumat bahawa guru yang menghadapi ketakutan matematik akan mempengaruhi pengajaran matematik seterusnya mempengaruhi tahap penguasaan matematik murid yang diajar.  Namun cara-cara untuk mengatasi masalah ketakutan matematik di kalangan guru masih kurang diperjelaskan dengan lebih terperinci dan mendalam. Pembaca berharap lebih banyak maklumat tentang cara-cara penyelesaian terhadap ketakutan matematik di kalangan guru untuk memperbaiki amalan pengajaran matematik masing-masing.