Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label Mathematics Anxiety / Maths Phobia. Show all posts
Showing posts with label Mathematics Anxiety / Maths Phobia. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Artikel 1.3 : Math anxiety doesn't just affect students

Oleh : William Hams
 

Pautan : http://stemwire.org/2013/05/31/math-anxiety-doesnt-just-affect-students/

Ulasan / kritik :

    n  Ketakutan matematik bukan sahaja dihadapi oleh murid bahkan dihadapi oleh segelintir guru. Artikel ini berkongsi bahawa para guru juga tidak mustatahil untuk memiliki ketakutan terhadap matematik. Artikel ini sangat bagus kerana adanya perkongsian maklumat bahawa guru yang menghadapi ketakutan matematik akan mempengaruhi pengajaran matematik seterusnya mempengaruhi tahap penguasaan matematik murid yang diajar.  Namun cara-cara untuk mengatasi masalah ketakutan matematik di kalangan guru masih kurang diperjelaskan dengan lebih terperinci dan mendalam. Pembaca berharap lebih banyak maklumat tentang cara-cara penyelesaian terhadap ketakutan matematik di kalangan guru untuk memperbaiki amalan pengajaran matematik masing-masing.
 

Artikel 1.2 : How to overcome math anxiety

Pautan :
http://www.weber.edu/wsuimages/vetsupwardbound/StudySkills/overcomemathanxiety.pdf


Ulasan / kritik :
Artikel ini sangat beguna terutamanya kepada pelajar yang mengalami masalah ketakutan terhadap matematik. Artikel ini juga boleh digunakan oleh para pendidik untuk berkongsi maklumat dengan pelajar tentang cara menghadapi ketakutan terhadap matematik. Nota yang ringkas dan padat serta mudah difahami juga akan memudahkan pelajar untuk memahami maklumat yang ingin dikongsikan. selain itu, artikel ini mengandungi kata-kata motivasi yang dapat membangun keyakinan pelajar agar berusaha untuk menangani masalah ketakutan matematik yang mereka hadapi.

Artikel 1.1 : Strategies for reducing math anxiety

Pautan : http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED536509.pdf


Ulasan / kritik :

Artikel ini amat berguna kepada semua lapisan pembaca termasuklah golongan pendidik, ibu bapa dan juga pelajar kerana terdapat beberapa cara penyelesaian untuk mengurangkan ketakutan terhadap matematik. Saya bersetuju dengan artikel ini bahawa pelaksanaan untuk mengurangkan ketakutan terhadpa matematik boleh meningkatkan pencapaian matematik pelajar terutamanya dalam situasi yang melibatkan penyelesaian masalah dalam matematik. Dengan adanya perancangan untuk mengurangkan ketakutan matematik ini akan menyebabkan pelajar berupaya untuk berhadapan dengan matematik seterusnya dapat memupuk minat pelajar terhadap matematik.