Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label Curriculum. Show all posts
Showing posts with label Curriculum. Show all posts

Friday, 1 August 2014

Artikel 9.1 : Guru sebagai transformasi dalam inovasi kurikulum

Pautan : http://eprints.ums.edu.my/4038/1/nc0000001485.pdf




Ulasan :
Artikel ini memberi kesedaran pada para guru bahawa guru merupakan tonggak utama dalam transformasi pendidikan negara untuk memastikan matlamat kurikulum yang dirancang dicapai dengan jayanya. Penulis memahami masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh guru sepanjang pelaksanaan inovasi kurikulum seperti adanya perasaan bimbang, konflik serta guru sukar menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. Artikel ini juga memberi kesedaran kepada para guru untuk membuat refleksi terhadap diri seperti adakah guru mempunyai motivasi yang mampu untuk melonjakkan trannsformasi seterusnya memperkasakan kurikulum secara menyeluruh.

Artikel 9.3 : Investigating curricular effect on the teaching and learning of mathematics in a cultural context: Theoretical and methodological considerations



Oleh : Jinfa Cai dan Yujing Ni 


Asbtract :
This first article of the special issue presents theoretical and methodological considerations about longitudinally investigating curricular effects on the teaching and learning of mathematics in a cultural context. In particular, in this article, we discuss seven issues related to the investigation of curricular effects on the teaching and learning of mathematics: (1) the need to investigate longitudinally the effects of curriculum, (2) the nature of the reform and non-reform curricula, (3) multiple representations of curriculum use, (4) assessment of classroom instruction, (5) student diversity and achievement gaps, (6) multiple measures of student mathematics achievement, and (7) multi-level analysis of student achievement data. This article not only serves as an introduction to the special issue, but most importantly, also provides a theoretical and methodological context for the two longitudinal projects.

Ulasan / kritik :
Pengkaji telah menghuraikan 7 isu yang berkaitan dengan kesan kurikulum terhadap konteks budaya dengan ringkas dan padat. Artikel ini menarik perhatian pembaca kerana pengkaji berjaya menimbulkan cabaran bagi mengkaji konsep dan metodologi untuk kesan kurikulum  ke atas pengajaran dan pembelajaran melalui tujuh isu-isu yang dibincangkan. Isu yang istimewa ini membekalkan peluang untuk menguji generalisasi daripada keputusan konteks budaya berkaitan dengan kesan kurikulum terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Selain itu, artikel ini juga menyediakan tambahan penting kepada penulisan terhadap pembaharuan kurikulum matematik.


Artikel 9.2 : Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Oleh : Azizi Yahaya 
          Shahrin Hashim 
          Farah Asnida Bt Che Shariff


Pautan  :




Ulasan :

        Kajian yang membincangkan tentang kesediaan guru serta  perkaitan guru dan bahasa Inggeris di mana kebanyakan guru tidak begitu bersedia dan tidak yakin untuk memikul tanggungjawab tersebut apabila mereka diminta mengajar dalam bahasa Inggeris.Melalui kajian yang dijalankanoleh pengkaji, pembaca mengetahui sejauh manakah kesediaan guru bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan pada masa kini.

      Sistem pendidikan kebangsaan perlu mengadakan sistem pengajaran yang cekap dan berkesan, kos efektif, dapat memenuhi aspirasi negara dari segi pembangunan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Maka kurikulum pendidikan menjadi mekanisme dan mengeluarkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir bagi membina masyarakat progresif dari segi sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

       Oleh itu, kajian ini merupakan kajian yang amat berguna kerana kajain ini boleh menjadi  pemangkin ke arah permulaan penerokaan satu lagi bidang ilmu dalam arah aliran pendidikan negara yang bertaraf dunia.kerana ia menggunakan pendekatan yang sistematik bagi melihat dengan lebih dekat penerimaan dan kesedaran para guru yang akhirnya membolehkan kita melihat tahap kesediaan mereka dalam menghadapi cabaran pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang seterusnya akan menjayakan aspirasi negara.