Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label ICT for teaching and learning. Show all posts
Showing posts with label ICT for teaching and learning. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Artikel 12.1 : Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM



Oleh : Noor Mazlan Ahmad Zanzali &
            Noraziah binti Kassim@Aziz
            Fakulti Pendidikan (Universiti Teknologi Malaysia)





Ringkasan :
 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.

Ulasan / kritik : 

Pengkaji menyatakan kelebihan penggunaan teknologi dalam pendidikan yang bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan bersifat interaktif. Namun, pengkaji juga berjaya mengkaji kenapa guru-guru kurang berminat untuk menggunakan ict dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa penyediaan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran  yang dihuraikan dengan lebh terperinci. Pengkaji juya berjaya mendapati bahawa kurangnya kenggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajar. Namun, melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.


 

Artikel 12.3 : Analysing the impact of ict on mathematics teaching practices



Oleh : J.B. Lagrange





Overview:
      Innovative or research papers as well as curricula emphasise the strong potentialities of ICT (Information and Communication Technologies) for teaching mathematics at all levels. Their integration into classrooms seems however to be more difficult than expected. In my understanding, the framework that authors generally use to analyse ICT in mathematics is limited to the interaction between the student, the computer and the knowledge.

This limited framework explains the discrepancy between the potentialities and the reality of the integration (Lagrange et al., 2003). The goal of my present research is to enlarge this framework by putting this interaction inside the long-term process of conceptualisation and in the context of schools institutions. To this aim, new dimensions of the integration of ICT are to be considered. Then, the focus is to be put on the teacher trying to integrate ICT, because of his obvious central role in this enlarged context.


Ulasan / kritik :

Artikel ini sangat bagus dalam memberikan info tentang penggunaan ICT dalam pendidikan matematik di luar negara. Pelbagai pendekatan ICT yang berlainan dilaksanakan oleh guru dalam  proses pembelajaran. Strategi yang berbeza ini akan membawa kepada pelbagai penyelesaian yang berjaya kepada masalah pengajaran bagi kedua-dua matematik dan teknologi yang digunakan. Pengkaji juga berjaya menyimpulkan bahawa teknik peralatan instrumental merupakan kunci kepada amalan guru yang dikaitkan dengan integrasi. Dalam kelas, guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembelajaran matematik rasmi. Semasa penerangan dalam kelas, murid perlu dibimbing dalam pembinaan pengetahuan matematik dan teknologi.

Artikel 12.2: Penggunaan komputer dalam pengajaran-pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah: satu kajian kes di Pulau Pinang.



Oleh : Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa

Pautan : http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf




Ringkasan :
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.


Ulasan / kritik :

        Artikel ini merupakan artikel yang bagus kerana pengkaji ada menyatakan cirri-ciri demografi responden dengan terperinci agar pembaca mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjalanan kajian yang dijalankan terhadap responden. Dengan itu, keputusan kajian mendapati bahawa  faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 
        Pengkaji juga ada menyatakan beberapa cadangan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai sikap guru terhadap sifat-sifat komputer dan faktor-faktor yang menyebabkan penolakan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kajian juga boleh dipelbagaikan seperti kaedah tinjauan melalui soal selidik dan kaedah temuduga untuk mengukuhkan serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai keputusan kajian. Kajian terhadap guru-guru adalah penting berikutan dasar kerajaan ketika ini untuk menuju ke era e-pembelajaran dan e-kerajaan.