Oleh: Marta Civil
The University of Arizona
Ulasan:
Jurnal ini membentangkan refleksi kajian pengkaji tentang sebahagian besarnya berasaskan kepada pelajar, guru, dan ibu bapa tentang idea-idea matematik. Bermula dengan beberapa pertimbangan dari sudut kognitif berpendapat, dalam memahami dan kepercayaan pra-perkhidmatan guru tertentu, pengkaji berjaya mengkaji tentang aspek sosiobudaya. Pengkaji juga mengkaji secara menyeluruh iaitu terdapat tiga faktor utama yang berkaitan dengan akses dalam pendidikan matematik iaitu guru, murid, dan ibu bapa.
Pengkaji juga ada menyatakan secara khusus bagaimana untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan konteks, meningkatkan nilai pengetahuan, penyertaan, dan matematik di dalam serta di luar sekolah.
Selain itu,pengkaji juga mengutarakan banyak isu yang berkaitan untuk refleksi para pembaca di mana para pembaca akan memperolehi banyak maklumat, sumber terkini dan dan beberapa cadangan untuk menangani masalah akses dalam pendidikan masi kini. Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman individu penulis tersebut dalam dunia pendidikan yang menjadi satu perkongsian yang bagus untuk memberi kesedaran kepada guru, murid, dan ibu bapa tentang beberapa masalah akses yang berlaku dalam dunia pendidikan.
No comments:
Post a Comment