Oleh: Hee-chan Lew
SIPNOSIS:
Artikel membincangkan
kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMMS dilaksanakan. Dalam
artikel ini, terdapat beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan
TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua
dibelakang Singapura. Warga pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian
matematik murid adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam
ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global. TIMSS merupakan
satu landasan yang baik agar mereka dapat membayangkan kembali persekitaran
pendidikan mereka untuk penambahbaikan mutu pengajaran Matematik.
ULASAN:
Artikel ini
memberikan input penting kepada kita terutamanya untuk penambahbaikan terhadap
sistem pendidikan di negara kita. Korea telah mengalami pelbagai transformasi
dalam matematik dan terbukti kecemerlangan mereka dalam matematik apabila
berjaya berada di antara tangga teratas dalam TIMSS. Penambahbaikan yang
berlaku di Korea boleh dijadikan sumber rujukan dan teladan kepada kita sebagai
warga pendidik dan perlu dipandang berat oleh pihak yang berkenaan untuk
meningkatkan mutu pencapaian dan penguasaan matematik pelajar negara kita.
No comments:
Post a Comment