Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.
Showing posts with label Teaching Approaches. Show all posts
Showing posts with label Teaching Approaches. Show all posts

Friday, 15 August 2014

ARTIKEL 6.3 : PERSEPSI DAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SERTA KESAN TERHADAP PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA



Oleh :  Zainudin Abu Bakar 
            Nor Hidayatul Aini Ismail

Pautan : 


ULASAN :
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Keputusan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme adalah tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik. 




Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan di mana para pendidik perlulah bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dalam pembelajaran matematik. Tidak dinafikan pendidik yang baik, mampu menguruskan pelajar dengan baik. Namun tidak semuanya mampu melakukan perkara yang sama. Pendidik dan pelajar perlulah saling mempengaruhi dalam menjalankan apa jua pendekatan yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pendekatan konstruktivisme telah memberikan kesan positif terhadap sikap pelajar dalam pembelajaran Matematik tetapi ia masih di tahap sederhana. Dicadangkan agar pengkaji dapat mengemukakan lebh banyak cadangan agar para pembaca mencapat lebih input untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

ARTIKEL 6.1 : HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4




Oleh : Noor Erma Binti Abu
           Leong Kwan Eu


ULASAN :
Artikel ini membincangkan tentang hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Pengkaji turut menarik minat pembaca dengan perkongsian laporan PISA 2012 yang terkini dan perbandingan pencapaian Matematik dalam PMR pada  taun 2005  dan 2006. Dalam artikel ini, pengkaji menyatakan dengan lebih teliti makna bagi pengaruh minat,sikap, rakan sebaya dan pengaruh guru secara ringkas dan tepat.  Kajian menunjukkan dalam aspek pengajaran guru didapati terdapat hubungan yang jelas antara aspek pengajaran itu dengan pencapaian Matematik Tambahan murid. Pengkaji mendapati  murid akan berpendapat bahawa kaedah pengajaran guru akan mempengaruhi secara langsung pencapaian Matematik Tambahan mereka.

 Kepelbagaian pengajaran guru dan kaedah pengajaran merupakan beberapa contoh yang berkaitan dengan pengaruh pengajaran guru. Dengan mempelajari hubungan antara faktor-faktor seperti sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya beserta cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam artikel ini, pembaca dapat menjadikan artikel ini sebagai  rujukan yang lebih jelas dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran Matematik Tambahan murid bukan sahaja di sekolah menengah, termasuklah sekolah rendah.

ARTIKEL 6.2 : PENGARUH KOMPETENSI GURU MATEMATIK KE ATAS AMALAN PENGAJARAN KREATIF


Oleh : Azhari Mariani
             Zaleha Ismail


Abstrak :
Matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran yang kompleks dan tiada ruang untuk melaksanakan amalan kreatif dalam pengajaran. Amalan kreatif dalam pengajaran oleh guru-guru matematik perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memupuk budaya kreativiti dalam kalangan murid. Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh kompetensi guru matematik ke atas amalan pengajaran kreatif. Domain-domain kompetensi guru iaitu pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru dilihat memberikan pengaruh yang besar terhadap amalan pengajaran kreatif. Pengaruh tersebut akan memberi implikasi terhadap pembentukan modal insan yang diaspirasikan oleh negara. Justeru langkah proaktif perlu diambil oleh guru-guru matematik, pihak pentadbir sekolah dan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kompetensi guru matematik agar amalan pengajaran kreatif boleh dilaksanakan secara berkesan.



Ulasan :


Artikel ini sangat baik kerana pengkaji dapat mengemukakan beberapa cadangan berdasarkan implikasi masing-masing. Cadangan ini amat berguna untuk warga pendidik untuk menerapkan pengajaran kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Secara kesimpulan, amalan pengajaran kreatif harus dipupuk dari peringkat awal pendidikan sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru matematik bertanggungjawab dan memainkan peranan yang besar dalam memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Selain itu, pengaruh kompetensi guru matematik dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru perlu dipertingkat dan diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memperkasakan amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru-guru matematik di Malaysia.