Oleh : Azizi Yahaya
Shahrin Hashim
Farah Asnida Bt Che Shariff
Pautan :
Ulasan :
Kajian yang membincangkan tentang kesediaan guru serta perkaitan guru dan bahasa Inggeris di mana kebanyakan guru tidak begitu bersedia dan tidak yakin untuk memikul tanggungjawab tersebut apabila mereka diminta mengajar dalam bahasa Inggeris.Melalui kajian yang dijalankanoleh pengkaji, pembaca mengetahui sejauh manakah kesediaan guru bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan pada masa kini.
Sistem pendidikan kebangsaan perlu mengadakan sistem pengajaran yang cekap dan berkesan, kos efektif, dapat memenuhi aspirasi negara dari segi pembangunan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan masyarakat di negara ini. Maka kurikulum pendidikan menjadi mekanisme dan mengeluarkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir bagi membina masyarakat progresif dari segi sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.
Oleh itu, kajian ini merupakan kajian yang amat berguna kerana kajain ini boleh menjadi pemangkin ke arah permulaan penerokaan satu lagi bidang ilmu dalam arah aliran pendidikan negara yang bertaraf dunia.kerana ia menggunakan pendekatan yang sistematik bagi melihat dengan lebih dekat penerimaan dan kesedaran para guru yang akhirnya membolehkan kita melihat tahap kesediaan mereka dalam menghadapi cabaran pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang seterusnya akan menjayakan aspirasi negara.
No comments:
Post a Comment