Oleh : Azhari Mariani
Zaleha Ismail
Abstrak :
Matematik
sering dianggap sebagai mata pelajaran yang kompleks dan tiada ruang untuk melaksanakan
amalan kreatif dalam pengajaran. Amalan
kreatif dalam pengajaran oleh guru-guru matematik perlu diberi perhatian
sewajarnya dalam usaha memupuk budaya kreativiti dalam kalangan murid. Kertas
konsep ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh kompetensi guru matematik ke
atas amalan pengajaran kreatif. Domain-domain kompetensi guru iaitu pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru dilihat memberikan pengaruh yang
besar terhadap amalan pengajaran kreatif. Pengaruh tersebut akan memberi
implikasi terhadap pembentukan modal insan yang diaspirasikan oleh negara.
Justeru langkah proaktif perlu diambil oleh guru-guru matematik, pihak
pentadbir sekolah dan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan
kompetensi guru matematik agar amalan pengajaran kreatif boleh dilaksanakan
secara berkesan.
Ulasan :
Artikel
ini sangat baik kerana pengkaji dapat mengemukakan beberapa cadangan
berdasarkan implikasi masing-masing. Cadangan ini amat berguna untuk warga
pendidik untuk menerapkan pengajaran kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran
di dalam kelas. Secara kesimpulan, amalan pengajaran kreatif harus dipupuk dari
peringkat awal pendidikan sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.
Guru-guru matematik bertanggungjawab dan memainkan peranan yang besar dalam
memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Selain itu, pengaruh kompetensi guru
matematik dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru
perlu dipertingkat dan diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memperkasakan
amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru-guru matematik di Malaysia.
No comments:
Post a Comment