Oleh: Jaguthsing
Dindyal
SIPNOSIS:
Seperti yang kita sedia maklum, Singapura
adalah negara yang mendapat tempat pertama di dalam keputusan TIMSS (2003).
Artikel ini membincangkan perbezaan Singapura dengan negara lain sehingga
mendapat kedudukan terbaik dalam TIMSS serta kekuatan dan kelemahan kurikulum
yang dilaksanakan di Singapura.
ULASAN:
Melalui artikel ini, salah satu faktor
yang mempengaruhi pencapaian matematik bagi negara itu adalah dari segi
perlaksanaa kurikulum yang telah dirangka dengan kemas yang merupakan satu
permulaan yang menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu bermanfaat bagi
murid. Kurikulum yang dibina diselia dan dilaksanakan dengan kemudahan yang
cukup dengan tenaga guru terlatih di mana setiap guru merupakan pakar bagi
topik tersebut. Namun, keadaan ini berbeza dengan kurikulum di Malaysia kerana
terdapat juga guru bukan opsyen mengajar subjek yang bukan opsyennya berikutan
dengan kes kekurangan guru di sekolah masing-masing. Persoalannya, bagaimanakah
kita hendak mencapai tahap antarabangsa sekiranya masalah seperti ini tidak
diperbaiki. Sistem kurikulum di Singapura boleh dijadikan model untuk
penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia untuk mengurangkan masalah guru
bukan opsyen ini.
No comments:
Post a Comment