Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

ARTIKEL 8.1 : PENTAKSIRAN ALTERNATIF: MENUJU KE ARAH TRANSFORMASI SISTEM PENTAKSIRAN DI MALAYSIA



Oleh : Noor Azreen Bt Abd Aziz

Pautan :

Abstrak:
Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuatkeputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran danpembelajaran. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahanpelajar secara berterusan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai definisi, penilaiansebagai proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah,perbandingan antara pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan pentaksiran alternatif, dan kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan pentaksiran alt ernatif. Perbincangan definisi pentaksiran berfokus kepada fungsipentaksiran manakala penilaian sebagai proses pengajaran-pembelajaran membincangkan mengenai penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan juga pembelajaran. Terdapat beberapa jenis pentaksiran di dalam bilikdarjah yang mempunyai tujuan pelaksanaan yang berbeza. Pentaksiran merupakan salah satu komponen penting dalam pengajaran-pembelajaran. Pentaksiran tradisional vs pentaksiran alternatif membincangkan mengenai keperluan atau kepentinganuntuk melakukan transformasi dalam sistem pentaksiran negara. Seterusnya,kekangan pentaksiran alternatif adalah kerana kegagalan pendidik mempelbagaikanaktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekanganmasa, bebanan kerja, tahap pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas kerja diakhiri dengan kepelbagaian aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi mengatasi kekangan tersebut.


ULASAN:

      Pengkaji berjaya mentafsirkan pentaksiran alternatif sebagai pentaksiran autentik atau pentaksiran formatif atau pentaksiran untuk pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat dijalankan dengan baik, konsisten dan berterusan di sekolah-sekolah berdasarkan kepada tahap pengetahuan,kemahiran dan sikap guru-guru yang tinggi. Oleh itu pengkaji menyimpulkan bahawa  guru-guru perlu dilatih dengan menghadiri kursus, seminar atau mesyuarat berkaitanbagi mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran.
Dalam artikel ini, pengkaji juga ada menyatakan beberapa kekangan iaitu  kekangan dari segi masa, jadual yang padat dan tenaga boleh diatasi dengan membahagikan tugasan kerja yang sama rata antara setiap guru di sekolah. Sebagai cadangan penyelesaian, pengkaji memberikan beberapa cara iaitu guru juga perlu dilatih supaya menjalankan tugas secara profesional, telus, adil dan tidak memihak kepada mana-mana golongan atau individu. Pihak pentadbir perlu bijak membahagikan tugasan kerja, bagi guru subjek yang perlu melakukan pentaksiran, tugasan kerja yang berat harus dielakkan untuk memastikan pentaksiran dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang alasan.

No comments:

Post a Comment