Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

ARTIKEL 8.3 : PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR: AMALAN GURU-GURU DI MALAYSIA



Oleh : Suah See Ling
           Ong Saw Lan
           Shuki Osman


Pautan :


Ulasan :

          Kajian ini bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Objektif kajian dinyatakan dengan jelas iaitu untuk mengkaji amalan yang biasa dilakukan oleh guru-guru sekolah untuk mentaksir pembelajaran pelajar, membanding amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru sekolah rendah, sekolah menengah dan pra universiti dan membandingkan amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran bahasa, Sains dan Matematik dan lain-lain mata pelajaran.

              Namun begitu kajian ini boleh diperhalusi lagi dengan menambah beberapa lagi cadangan tambahan untuk rujukan terutamanya bagi guru-gur kerana guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajaran. Maka, guru perlu memberi perhatian terhadap  kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan. Selain itu, para guru juga perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan.

No comments:

Post a Comment