Oleh
: Aini Hayati Pazin
Mohd
Uzi Dollah Zulkiefley Mohammad
ABSTRAK :
Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan
standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard
Pengajaran Matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang
menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur
tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik
iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan
ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan
pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam
dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah
di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.
ULASAN :
Melalui kajian ini, pembaca dapat
mengetahui bahawa komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan
proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen yang
menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik
Sekolah Rendah (SPM-SR) dengan nilai masing-masing iaitu 0.529 (AI) dan 0.504
(PPPI). Kesimpulannya, dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan
data asas tentang standard pengajaran matematik di negara ini. Data asas ini
boleh diguna pakai oleh masyarakat pendidik bagi menilai semula pengajaran dan
pembelajaran matematik dalam bilik darjah.
Disarankan agar penyelidik
mengembangkan dengan lebh lanjut tentang cadangan untuk memperbaiki amalam
pengajaran matematik dalam kelas agar pembaca mendapat ilham daripada artikrl
ini, seterusnya menjadi amalan dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment