Oleh :
Noor Erma Binti Abu
Leong Kwan Eu
ULASAN :
Artikel
ini membincangkan tentang hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh
rakan sebaya terhadap pencapaian matematik tambahan pelajar tingkatan 4. Pengkaji
turut menarik minat pembaca dengan perkongsian laporan PISA 2012 yang terkini
dan perbandingan pencapaian Matematik dalam PMR pada taun 2005
dan 2006. Dalam artikel ini, pengkaji menyatakan dengan lebih teliti
makna bagi pengaruh minat,sikap, rakan sebaya dan pengaruh guru secara ringkas
dan tepat. Kajian menunjukkan dalam aspek
pengajaran guru didapati terdapat hubungan yang jelas antara aspek pengajaran
itu dengan pencapaian Matematik Tambahan murid. Pengkaji mendapati murid akan berpendapat bahawa kaedah
pengajaran guru akan mempengaruhi secara langsung pencapaian Matematik Tambahan
mereka.
Kepelbagaian pengajaran guru dan
kaedah pengajaran merupakan beberapa contoh yang berkaitan dengan pengaruh
pengajaran guru. Dengan mempelajari hubungan antara faktor-faktor seperti
sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya beserta
cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam artikel ini, pembaca dapat menjadikan
artikel ini sebagai rujukan yang lebih
jelas dan tepat kepada sesiapa yang berminat dan berkaitan dengan pembelajaran
Matematik Tambahan murid bukan sahaja di sekolah menengah, termasuklah sekolah
rendah.
No comments:
Post a Comment