Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

ARTIKEL 5.1 : MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR



Oleh  :  Johari Surif
            Nor Hasniza Ibrahim dan
            Meor Ibrahim Kamaruddin



ABSTRAK:

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .93. Seramai 120 responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian, Johor. Analisis data dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang rendah dengan purata skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor pengajaran guru dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor min 4.00 dan 3.90. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar.


ULASAN :
Secara keseluruhan, pengkaji memberikan maklumat tentang permasalahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik di kalangan pelajar luar bandar, di mana kajian seperti ini jarang dilakukan oleh pengkaji berikutan masalah akses ke kawasan luar Bandar. Apa yang menarik tentang artikel ini adalah pengkaji turut menyatakan impilkasi daripada penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik di kalangan pelajar luar Bandar agar pembaca mengetahui dengan lebih lanjut akibat daripada permasalahan bahasa ini sehingga menyebabkan kurangnya penguasaan Matematik di kalangan pelajar kerana faktor lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.







No comments:

Post a Comment