Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

ARTIKEL 3.3: Mathematics Education In Korea After TIMSS




Oleh: Hee-chan Lew


SIPNOSIS:
Artikel membincangkan kesan kepada pendidikan matematik di negara Korea selepas TIMMS dilaksanakan. Dalam artikel ini, terdapat beberapa sebab yang menjadikan Korea mendapat keputusan TIMMS sebanyak 607 bagi gred 8 dan 611 bagi gred 4 iaitu ditempat kedua dibelakang Singapura. Warga pendidik di Korea percaya bahawa pencapaian matematik murid adalah penting untuk membina perkembangan yang maju dalam ekonomi dan mengekalkan penguasaan ekonomi di pasaran global. TIMSS merupakan satu landasan yang baik agar mereka dapat membayangkan kembali persekitaran pendidikan mereka untuk penambahbaikan mutu pengajaran Matematik.

ULASAN:
Artikel ini memberikan input penting kepada kita terutamanya untuk penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Korea telah mengalami pelbagai transformasi dalam matematik dan terbukti kecemerlangan mereka dalam matematik apabila berjaya berada di antara tangga teratas dalam TIMSS. Penambahbaikan yang berlaku di Korea boleh dijadikan sumber rujukan dan teladan kepada kita sebagai warga pendidik dan perlu dipandang berat oleh pihak yang berkenaan untuk meningkatkan mutu pencapaian dan penguasaan matematik pelajar negara kita.

No comments:

Post a Comment