Oleh : Hamimi Fadziati A. Wahab
Mohd Taufiq Mohd Yusof
Hafizah Husain
Mohd Hairi Mohd Zaman
Aini Hussain
Abstrak:
Penilaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan satu kaedah untuk mengesan pencapaian objektif
pembelajaran. Secara umumnya, terdapat dua
jenis penilaian berasaskan masa dan tujuan pelaksanaannya iaitu penilaian
formatif dan sumatif. Penilaian formatif ditakrifkan sebagai penilaian secara
berterusan dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berlangsung untuk menilai keberkesanan proses P&P. Manakala penilaian
sumatif adalah penilaian di akhir sesuatu tempoh proses P&P untuk menilai
pencapaian pelajar. Kebanyakan IPTA masa kini hanya melakukan penilaian sumatif
iaitu untuk mengukur pencapaian pelajar semata-mata tanpa sebarang tujuan untuk
memperbaiki proses P&P. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat
penggunaan serta keberkesanan penilaian formatif sebagai satu usaha ke arah
penambahbaikan dalam proses P&P di JKEES, UKM. Kursus KKKL3133 dan KKKL3143
dijadikan kursus percubaan untuk melihat keberkesanan penggunaannya sebelum
diimplementasikan sepenuhnya di Jabatan. Pelaksanaannya adalah berdasarkan
keputusan peperiksaan pertengahan pelajar dalam kursus tersebut.
Setelah penilaian ini
dijalankan, hasil dari pelaksanaannya dianalisa dan pencapaian pelajar ini
dibandingkan antara sebelum penilaian dibuat dalam peperiksaan pertengahan dan
setelah penilaian diadakan melalui pencapaian peperiksaan akhir.
Maklumat-maklumat yang diperolehi dari penilaian formatif ini digunakan untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenal pasti melalui penerapan kaedah
melengkapkan gegelung. Dengan itu, penambahbaikan telah dilakukan bagi
meningkatkan proses P&P.
Ulasan:
Pengkaji menyimpulkan bahawa penggunaan
penilaian formatif ini dilihat sebagai salah satu usaha ke arah penambahbaikan
kepada sistem pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada di JKEES, UKM.
Pengkaji berjaya membuat perkaitan antar kedua-dua pihak dengan
menyimpulkan bahawa penglibatan dan
komitmen kedua-dua pihak amat penting agar proses melengkapkan gelung dapat
dilakukan. Artikel ini juga bagus untuk dibaca dan dijadikan bahan rujukan oleh
pembaca kerana terdapat cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment