Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

Artikel 11.1: School cultures, teachers, and technology transformation

Oleh: Andrew D. Kitchenham

Pautan : http://www.cjlt.ca/index.php/cjlt/article/view/523/256

Abstract: 

This article outlines a recent study on school culture and technology adoption. Adapting Hargreaves’ (2003) model of school cultures, research findings are presented on three schools involved in a study on teacher transformation using educational technology to explain how each school represents a separate school culture and school regime. Each school is profiled to demonstrate, through direct quotes from the participants, how a specific school culture or regime can reflect varying degrees of transformation, and subsequent technology adoption.

ULASAN:

Berdasarkan penemuan daripada tiga buah sekolah dalam kajian ini, penulis dapat mengaitkan transformasi dalam budaya sekolah membawa kepada bukan sahaja infusi teknologi di dalam kelas individu (Kelly, McCain, & Jukes, 2009) tetapi juga perubahan yang berterusan dalam budaya sekolah. Namun begitu, kajian ini tidak menyediakan penemuan yang jelas bimbingan  kajian masa depan yang mengkaji budaya sekolah dan penerapan teknologi. Kajian jenis ini adalah penting sekiranya sekolah berharap untuk membawa pembaharuan besar-besaran kecil atau dalam era maklumat yang perlu memenuhi kehendak murid digital di sekolah-sekolah kita hari ini.

No comments:

Post a Comment