Ulasan :
Artikel ini memberi kesedaran pada para
guru bahawa guru merupakan tonggak utama dalam transformasi pendidikan negara
untuk memastikan matlamat kurikulum yang dirancang dicapai dengan jayanya.
Penulis memahami masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh guru sepanjang
pelaksanaan inovasi kurikulum seperti adanya perasaan bimbang, konflik serta
guru sukar menukar amalan sedia ada kepada amalan yang baru. Artikel ini juga
memberi kesedaran kepada para guru untuk membuat refleksi terhadap diri seperti
adakah guru mempunyai motivasi yang mampu untuk melonjakkan trannsformasi
seterusnya memperkasakan kurikulum secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment