Oleh
: Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap dan Hasrina Mustafa
Ringkasan :
Dalam
bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik
komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan
kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan,
adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer
bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu
kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan
Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Dalam
bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik
komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan
kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan,
adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer
bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu
kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan
Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.
Ulasan / kritik :
Artikel ini merupakan artikel yang
bagus kerana pengkaji ada menyatakan cirri-ciri demografi responden dengan
terperinci agar pembaca mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjalanan
kajian yang dijalankan terhadap responden. Dengan itu, keputusan kajian
mendapati bahawa faktor demografi
seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak
mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji juga ada menyatakan beberapa
cadangan untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai sikap guru
terhadap sifat-sifat komputer dan faktor-faktor yang menyebabkan penolakan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kajian juga boleh
dipelbagaikan seperti kaedah tinjauan melalui soal selidik dan kaedah temuduga
untuk mengukuhkan serta mendapatkan maklumat tambahan mengenai keputusan
kajian. Kajian terhadap guru-guru adalah penting berikutan dasar kerajaan
ketika ini untuk menuju ke era e-pembelajaran dan e-kerajaan.
No comments:
Post a Comment