Oleh :
GK Marriappen
Kanammah a/p Manukaram
Rajiv Raj a/l Pusparaju
Rajesvari a/p Ramasamy
Ringkasan:
Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk mengkaji tahap kebimbangan pelajar politeknik terhadap penggunaan Bahasa
Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para pengkaji juga ingin
melihat perbezaan tahap kebimbangan pelajar berdasarkan faktor demografi
jantina, etnik dan jurusan. Dalam kajian ini, dinyatakan seramai 100 orang
pelajar politeknik dari dua buah politeknik di Utara Semenanjung Malaysia telah
dipilih sebagai sampel. Kajian yang ringkas ini mendapat meringkaskan bahawa kebimbangan
matematik memberikan impak ke atas pencapaian pelajar.
Ulasan:
Kajian ini didapati amat berguna sebagai satu rujukan terhadap pengajaran dalam bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik. Selain itu, pengkaji juga
menyarankan agar pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran matematik
kejuruteraan menggunakan bahasa Inggeris mengalami kebimbangan dan hal ini
perlu diberi perhatian serius oleh golongan pendidik agar peratus kebimbangan
menjadi kurang sebagai satu langkah untuk mengurangkan kebimbangan pelajar.
Pendidikan hendaklah berteraskan Model Insan yang lebih mengutamakan potensi
pelajar yang berwibawa, kreatif, kritis, berketrampilan, menyelesaikan masalah dan
menyerlahkan potensi insan. Matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani dapat dicapai jika semua pihak memainkan peranan untuk mengurangkan
kebimbangan pelajar terhadap mata pelajaran matematik kejuruteraan .
No comments:
Post a Comment