Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

Artikel 12.1 : Penggunaan Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM



Oleh : Noor Mazlan Ahmad Zanzali &
            Noraziah binti Kassim@Aziz
            Fakulti Pendidikan (Universiti Teknologi Malaysia)





Ringkasan :
 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Sampel kajian terdiri daripada lima orang guru pelatih UTM yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Dapatan kajian mendapati guru-guru pelatih kurang meggunakan ICT dalam P&P Matematik. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan ICT dalam P&P Matematik.

Ulasan / kritik : 

Pengkaji menyatakan kelebihan penggunaan teknologi dalam pendidikan yang bertujuan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan bersifat interaktif. Namun, pengkaji juga berjaya mengkaji kenapa guru-guru kurang berminat untuk menggunakan ict dalam pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa penyediaan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran  yang dihuraikan dengan lebh terperinci. Pengkaji juya berjaya mendapati bahawa kurangnya kenggunaan ICT ini turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajar. Namun, melalui penggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajar dalam tajuk yang diajarkan.


 

No comments:

Post a Comment