Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

ARTKEL 2.3: Mathematics Teaching in Hong Kong Pre-schools: Mirroring the Chinese Cultural Aspiration Towards Learning?



Oleh: Sharon Sui Ngan Ng
           (Department of Early Childhood Education,The Hong Kong Institute of   
           Education, Hong Kong)

Abstrak:
Chinese pre-school children perform well in learning mathematics compared with English-speaking children. This study investigates the scenes behind Chinese pre-school children’s mathematics performance using teacher questionnaires and interviews. Results indicated that the Chinese number system appeared to afford advantages to Chinese children in learning individual mathematics concepts but this was not enough to explain why children perform well in other areas. Frequent practice and exposure to mathematics in pre-schools, together with parental support at home might explain why children performed well in mathematics learning. Study results also revealed that although the underpinning philosophy of pre-school curriculum planning in Hong Kong might be similar to some pre-schools in other parts of the world, such as the adoption of integrated curriculum and unstructured play, contradictory practice might also be incorporated. Mathematics teaching in Hong Kong pre-schools mirrors the Chinese cultural aspiration towards learning, and both teachers and parents play an active role in pursuing academic success for each child. 


ULASAN:
Walaupun kajian jurnal ini terhad kepada laporan kendiri guru-guru pra-sekolah di Hong Kong, namun jurnal ini telah berjaya menyatakan dengan terperinci tentang aspirasi budaya Cina terhadap pembelajaran Matematik di Hong Kong, di mana kedua-dua guru dan ibu bapa memainkan peranan aktif untuk mendapatkan kejayaan akademik. Jurnal ini sangat bagus kerana penulis juga ada mengenalpasti dapatan tambahan selain dari aspirasi budaya, iaitu melalui sistem nombor Cina, penguasaan kemahiran nombor asas, termasuklah harapan tinggi ibu bapa terhadap pencapaian akademik anak sehingga ibu bapa memainkan pernan aktif dalam membantu anak belajar matematik.

No comments:

Post a Comment