Kursus ini merupakan satu kursus bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI yang dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh. Isu-isu kentemporari akan bermula dengan penerokaan dan penjelajahan asal usul, tujuan dan struktur pendidikan Matematik di Malaysia. Pengkajian secara kritikal faktor-faktor yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan Matematik akan dibuat melalui perbandingan isu-isu di dalam dan luar negara. Dalam perbincangan intelektual, isu-isu mengenai perubahan paradigma dalam sejarah Matematik, konsep bilik darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan. Pelajar-pelajar juga diberi pendedahan kepada isu--isu dan trend di dalam pendidikan Matematik.

Friday 15 August 2014

Artikel 11.2 : Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah



Oleh : Azizi Yahaya dan Nurfaizah Abd. Majid

Pautan :

Ringkasan :
       Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu kluster atas kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. 
 

Ulasan / kritik :
Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan sekolah mempunyai tahap budaya formal sekolah dari aspek sosial yang tinggi.  Pengkaji berjaya menyimpulkan bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah berdasarkan dari aspek sosial diikuti dengan aspek fizikal dan budaya ilmu. Pengkaji berjaya menerangkan dengan lebih lanjut tentang dapatan kajian yang diperolehi iaitu pihak sekolah seperti pengetua, guru telah menekankan dan mengamalkan ciri-ciri dalam aspek sosial seperti ciri hormat-menghormati, ciri bekerjasama, ciri bertanggungjawab, ciri perpaduan dan ciri kemesraan. Aspek-aspek ini memberi impak yang positif dalam diri pelajar yang dalam lingkungan budaya sekolah tersebut.

No comments:

Post a Comment