Oleh
: Zainudin Abu Bakar
Nor Hidayatul Aini Ismail
Pautan :
ULASAN :
Kajian
ini bertujuan untuk mengetahui apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap
pendekatan konstruktivisme serta kesannya terhadap pencapaian mata pelajaran
Matematik. Tiga aspek utama yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap
konstruktivisme, sikap (emosi) pelajar terhadap konstruktivisme dan hubungan
antara persepsi serta sikap terhadap pencapaian Matematik pelajar. Keputusan
kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme adalah
tinggi, manakala sikap pelajar pula berada pada tahap sederhana. Kajian ini
juga mendapati tiada hubungan yang signifikan di antara persepsi dan sikap
pelajar terhadap pendekatan konstruktivisme dengan pencapaian Matematik.
Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan di mana para pendidik
perlulah bijak menarik minat pelajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan
dalam pembelajaran matematik. Tidak dinafikan pendidik yang baik, mampu
menguruskan pelajar dengan baik. Namun tidak semuanya mampu melakukan perkara
yang sama. Pendidik dan pelajar perlulah saling mempengaruhi dalam menjalankan
apa jua pendekatan yang dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pendekatan konstruktivisme
telah memberikan kesan positif terhadap sikap pelajar dalam pembelajaran
Matematik tetapi ia masih di tahap sederhana. Dicadangkan agar pengkaji dapat
mengemukakan lebh banyak cadangan agar para pembaca mencapat lebih input untuk
menerapkan pembelajaran konstruktivisme dengan lebih berkesan pada masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment