Ulasan / kritik :
Artikel ini membincangkan dengan terperinci tentang beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian matematik termasuklah dari segi jantina. Namun graf laporan kajian dipersembahkan dalam bentuk yang sukar difahami oleh kebanyakan pembaca kerana melibatkan graf normal. Namun begitu, pengkaji berjaya menarik minat para pembaca melalui perbincangan tentang pengaruh persilangan-budaya dalam mempengaruhi pembelajaran matematik yang telah mempengaruhi pencapaian matematik. Ini kerana penguasaan matematik amat diperlukan dalam era globalisasi keran matematik tidak terhad kepada bidang pendidikan malah dalam bidang perakaunan, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment