Ulasan / kritik :
Artikel ini amat berguna kepada semua lapisan pembaca termasuklah golongan pendidik, ibu bapa dan juga pelajar kerana terdapat beberapa cara penyelesaian untuk mengurangkan ketakutan terhadap matematik. Saya bersetuju dengan artikel ini bahawa pelaksanaan untuk mengurangkan ketakutan terhadpa matematik boleh meningkatkan pencapaian matematik pelajar terutamanya dalam situasi yang melibatkan penyelesaian masalah dalam matematik. Dengan adanya perancangan untuk mengurangkan ketakutan matematik ini akan menyebabkan pelajar berupaya untuk berhadapan dengan matematik seterusnya dapat memupuk minat pelajar terhadap matematik.
No comments:
Post a Comment